I have something to ask, need explanations. So do tell me if you know.
Islam menggariskan jangan mencintai dunia kerana dunia tuh hanyalah laluan sementara jambatan ke akhirat sana.
Kelas English minggu ni bincang pasal medicide, atau euthanasia atau senang cakap bunuh diri melalui perubatan. Bila seseorang itu dijangka tidak ada harapan untuk hidup, atau dianggap lebih baik mati dari hidup, dia mengakhiri nyawanya sendiri.
Entah kenapa kemuk hati ni. melihat video yang ditayangkan. Seorang lelaki menghidap penyakit ALS yakni tidak mampu bergerak, otot2 mati sedangkan bernafas pun menjadi satu perkara yg sangat susah. Lalu dia, mengakhiri nyawanya sendiri. Tidak mampu aku melihat habis video tadi.
Pagi yang ceria tadi, tiba bercelaru. Hati ni bagai menangis dalam senyap. Hati aku. Entah kenapa. Hanya kerana video itu.
Ada yang berkata, lebih baik biar lelaki itu mati, dari terus menanggung derita begitu. Dengan air liur sendiri pun boleh tercekik, hidup diburu rasa takut mati bila2 masa. Lebih baik biar lelaki itu mati dengan cepat, tidak perlu menanggung derita lagi.
Tapi aku sedih melihat lelaki itu, kenapa perlu buat keputusan sebegitu? Mungkin org boleh cakap, aku tidak ada ditempat lelaki itu, aku tidak rasa sakit lelaki itu, jadi aku boleh berkata sebegini. Mungkin betul. Mungkin kerana aku tidak rasa apa yang lelaki itu rasa.
Namun aku masih tidak setuju dengan lelaki itu. Aku masih sedih.
Kenapa ya?
Islam mengajar, jangan dicintai dunia yang tidak kekal ini.
Tetapi dosa membunuh diri itu juga sangat berat.
Aku buntu, apa penjelasan yang perlu diberi kepada diriku ini?
Pernah juga aku mendengar berita, ketika di sekolah menengah dulu. Ada keluarga jauh yang mengambil keputusan untuk memberhentikan bantuan penafasan isterinya. Dengan alasan doktor menjangkakan tiada lagi harapan untuk wanita itu bangun, atau hidup.
Aku masih ingat, betapa aku membangkang keputusan itu kepada mak aku. Perbualan dengan mak yang sangat tegang. Aku tak tau apa jadi selepas itu. Satu kerana keluarga itu sangat jauh dan jarang sangat aku berjumpa mereka, kedua kerana ketika itu perasaan yang sama ketika ini, aku sangat tidak bersetuju. Aku tidak sanggup mendengar jika betul mereka mencabut bantuan penafasan dan membiarkan wanita itu mati.
Hari ini, benda yang sama, perasaan yang sama datang bertandang kembali. Kali ini, aku perlu jawapan. perlu penjelasan.
No comments:
Post a Comment