Wednesday, 19 June 2013

Reclaim your heart

Sekarang tgh baca.

Actually dah lama start baca. Tapi tak habis2. Sebab?

Setiap kali baca mesti nangis.
Seperti semua salah diri, byk soalan, byk jawapan yang dicari ada di situ.

Senang je rupanya.
 Kalau cinta, harapan, sayang tak letak pada tempatnya,
Tak HANYA pada Allah,
Semua yang telah terjadi akan terjadi,
Mungkin lagi.

Dikirimkan kita Al-Quran, buat peringatan dan panduan,
Bongkaknya manusia, bongkaknya kita,
Meninggalkan DIA.

Monday, 27 May 2013

Jawapan.

I have something to ask, need explanations. So do tell me if you know.

Islam menggariskan jangan mencintai dunia kerana dunia tuh hanyalah laluan sementara jambatan ke akhirat sana.

Kelas English minggu ni bincang pasal medicide, atau euthanasia atau senang cakap bunuh diri melalui perubatan. Bila seseorang itu dijangka tidak ada harapan untuk hidup, atau dianggap lebih baik mati dari hidup, dia mengakhiri nyawanya sendiri.

Entah kenapa kemuk hati ni. melihat video yang ditayangkan. Seorang lelaki menghidap penyakit ALS yakni tidak mampu bergerak, otot2 mati sedangkan bernafas pun menjadi satu perkara yg sangat susah. Lalu dia, mengakhiri nyawanya sendiri. Tidak mampu aku melihat habis video tadi.

Pagi yang ceria tadi, tiba bercelaru. Hati ni bagai menangis dalam senyap. Hati aku. Entah kenapa. Hanya kerana video itu.

Ada yang berkata, lebih baik biar lelaki itu mati, dari terus menanggung derita begitu. Dengan air liur sendiri pun boleh tercekik, hidup diburu rasa takut mati bila2 masa. Lebih baik biar lelaki itu mati dengan cepat, tidak perlu menanggung derita lagi.

Tapi aku sedih melihat lelaki itu, kenapa perlu buat keputusan sebegitu? Mungkin org boleh cakap, aku tidak ada ditempat lelaki itu, aku tidak rasa sakit lelaki itu, jadi aku boleh berkata sebegini.  Mungkin betul. Mungkin kerana aku tidak rasa apa yang lelaki itu rasa.

Namun aku masih tidak setuju dengan lelaki itu. Aku masih sedih.

Kenapa ya?

Islam mengajar, jangan dicintai dunia yang tidak kekal ini.
Tetapi dosa membunuh diri itu juga sangat berat.

Aku buntu, apa penjelasan yang perlu diberi kepada diriku ini?

Pernah juga aku mendengar berita, ketika di sekolah menengah dulu. Ada keluarga jauh yang mengambil keputusan untuk memberhentikan bantuan penafasan isterinya. Dengan alasan doktor menjangkakan tiada lagi harapan untuk wanita itu bangun, atau hidup.

Aku masih ingat, betapa aku membangkang keputusan itu kepada mak aku. Perbualan dengan mak yang sangat tegang. Aku tak tau apa jadi selepas itu. Satu kerana keluarga itu sangat jauh dan jarang sangat aku berjumpa mereka, kedua kerana ketika itu perasaan yang sama ketika ini, aku sangat tidak bersetuju. Aku tidak sanggup mendengar jika betul mereka mencabut bantuan penafasan dan membiarkan wanita itu mati.

Hari ini, benda yang sama, perasaan yang sama datang bertandang kembali. Kali ini, aku perlu jawapan. perlu penjelasan.

Wednesday, 1 May 2013

세상에서 제일 예쁜 여자. The most beautiful woman.

Let me tell you a story about the most beautiful woman in the world that I've known. Apparently she is 52 years old now, and have 7 children. Strong isn't it? to be able to give birth of that number.

Beliau tak punya apa2. Lansung, kereta, rumah mahupun kegilaan wanita ramai, barang kemas. Tidak. Lansung tidak. Pakaian, semua lama2. Kalau tak anak2 memaksa agar dia membeli, atau tidak kerana diberi oleh orang lain, masakan dia mahu membeli sebarang baju. Katanya lebih baik digunakan duit itu untuk anak-anaknya untuk pelajaran anak-anaknya untuk makan anak-anaknya. Pernah bekerja, tetapi berhenti untuk anak-anaknya. Tidak pernah aku nampak, wanita ini memakai sebarang barang kemas, ada diberi oleh arwah ibu mertuanya tapi disimpan sahaja katanya disimpan untuk anak-anaknya. Apa yang aku nampak, bagi wanita ini anak-anaknya keutamaannya. Keinginan diri, disimpan dalam sedalamnya dilubuk hati. Tidak diluah tidak dizahirkan. Semua, agar anak-anaknya cukup keperluan.

Selain dari menjadi ibu yang baik, dia juga seorang anak yang baik. Ibunya tinggal jauh di Sabah. Tidak pernah dia berjalan melancong kesini sana, baginya kalau ada duit lebih, lebih baik pulang ke halaman, menjenguk ibunya. Dia menjadi contoh, kepada anak-anaknya, contoh bagaimana cara menyayangi ibunya. Tidak pernah aku melihat, dia berkata tidak untuk ibunya.

Menjadi seorang kakak sulung, dia sangat sayangkan adik-adiknya. Sering kali aku melihat, tangisannya kerana adiknya, dapat aku rasakan kasih sayang buat adik-adiknya. Kerana sayangkan adiknya, anaknya seorang diberi kepada adiknya. Begitu tinggi cintanya terhadap adik-adiknya.

Tidak kurang, seorang isteri yang baik. Tak pernah meminta bermacam-macam daripada suaminya. Garang, tapi sangat manja dengan suaminya. Bagi aku, dia sangat senang dipuaskan hati oleh suaminya, walaupun hidup tak mewah, aku nampak dia gembira. Mungkin ada takrifan gembiranya tersendiri.

Cantik kan wanita itu? Tanpa make up, tanpa perhiasan yang mahal. Dia tetap cantik di mataku.

Sebak,

Tahun ini pun aku tak dapat bersamanya, menyambut ulang tahun lahirnya.

Masih kuat diingatan, imej dia menerima hadiah dari anak-anaknya, bebel kerana membazir duit keatas dirinya.

Ya, wanita itu ialah ibuku.

Ma, kakak miss lagi birthday mama tahun ini. Kakak tak dapat hantar hadiah. Tapi ini hadiah kakak.

Alhamdulillah, kakak sihat di sini. ;)



                                                              Tempat kakak belajar.







 Keluarga kakak di sini.

Kakak dah sihat, alhamdulillah. Berat yang dah turun byk tuh dah naik dah (T___T). Kaki yang baru operate tuh dah kuat, dah boleh jalan sana sini dah boleh solat berdiri macam biasa balik dah ma. Kakak tak miss appointment, kalau sakit makan ubat . Alhamdulillah dah kuat dah perut. Universiti kakak cantik, kakak suka apa yang kakak belajar kat sini, housemates kakak jaga kakak paham kakak. Kawan2 sini pun banyak bantu. So, please stop worrying about me. ;)

InsyaAllah kak jaga kesihatan, jaga iman. Ini hadiah kakak. Kakak yang sihat. ;)

Ma, selamat hari lahir! <3

 

 


 

Sunday, 14 April 2013

I'm Right, Aku Betul

Bismillah..

Dah lama rasanya tak menulis blog ni. Last post around June 2012. Astagfirullah. This is when you have no istiqamah. Niat selalu ada, tapi gerakan nak buat tu tiada.

Macam kita juga. Niat untuk berbuat baik, sangat banyak. TAPI, inisiatif itu tiada. Tiada kekuatan, tiada semangat mungkin untuk melakukan kebaikan. MUNGKIN juga kita sudah berpuas hati dengan pahala yang diberi Allah dengan hanya berniat baik. Mungkin.

Diri ini terpanggil nak menulis semula, dengan menulis, saya berfikir. Mungkin diri ini dahagakan fikiran, minta digerakkan minta dihidupkan.

I read all my old post, I smiled. How I've grow since last months. At least, the way I think. I've been thinking whether to delete those post or not but my friend once said, "No need to be shame of your old self, as without the old one there will be the new one."

Me once had been thinking a lot. About my past. When I actually know about haram and halal, dosa and pahala. BUT, I ignored all of that. I concerned more about what society thinks about me, about how dunya value me. That's me, 1-2 years ago.

I've been thinking, whether I should hate my old self, or feel proud that the old is gone. There's time when I feel ashamed of my old self. Compared to others, mine was so black and dark. Unlike others they are so well prepared for this tarbiyah and dakwah. But me? I'm completely new. But someone said this to me, nearly cause me to shed my tears.

"Senyum, kerana yang lama mahu berubah."

I'm completely feel grateful to Allah, as He chose me to be one of His people who want to change. Without His power, there's no new me, only old me.

He is The Most Loving, never abandoned me. Although I do so many sins, He still sending me His people to remind me in many ways. It's only now up to me, whether I want to see it, or shut close my eyes pretend not to see it, or just keep thinking. "I AM RIGHT".

"Aku betul."

Bila kita selalu ada fikiran "Aku Betul.", mungkin kita patut berfikir semula. Bagi sy, "Aku betul" ini satu penyakit. Penyakit yang makan diri. Penyakit yang menghalang kita untuk berubah menjadi lebih baik, penyakit yang membuatkan kita kuat berdiri di satu tempat. Tapi sayang, tempat yang salah.

Bayangkan kalau saya terus berfikir "Aku betul" terus dan terus berasa saya masih okay, boleh atau tidak saya berubah ke arah lebih baik?

Apa yang nak disampaikan disini,

Macam mana pemikiran kita? Adakah kita mempunyai mind concept "Aku Betul" ini , atau tidak? Bila orang memberi teguran, atau buah fikiran dengan cepat kita menangkis teguran itu, enggan menerima pendapat yang diberi. Pada kita, idea kita, fikiran kita, pendapat kita masih okay, atau mungkin lebih baik. Lebih-lebih lagi yang menegur, memberi pendapat itu, bagi kita seseorang yang masih rendah imannya, masih kurang pengalaman dari kita.

Soalan disini saya disini, Iman, bolehkah diukur oleh manusia? Pengalaman, sedalam mana kita tahu mengenai pengalaman seseorang itu? 

Fikir dan fikir.

Bila diri enggan menerima pendapat, nasihat. Hanya hidup berkonsepkan "Aku Betul" . Cuba fikirkan, keraskah hati kita? Keras sehingga segala pandangan nasihat tidak kita perdulikan.

 Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.
(Al-Anaam 6 : 43)


Astagfirullah.

Istigfar istigfar dan istigfar, Mungkin kita tidak tahu, mungkin kita tidak sedar. Mari semak semula. Tanya keluarga, tanya rakan-rakan, muhasabah diri. Yang paling penting, tanya Allah. keraskah hati kita, keraskah kepala kita?



Rendahkanlah diri kita. Sesungguhnya ada yang Satu yang paling tinggi. Lihat kekurangan diri. Jangan hanya melihat kelebihan diri. Lihat kekurangan diri, mari perbaiki diri.

InsyaAllah, yang paling penting, kita kena ingat. Redha Allah yang kita cari.