So what happened? Minggu ni last week for level 3 korea, lepas ni cuti seminggu then sambung level 4. I don't know what will happened in level 3, doakan kami supaya dapat A yer bahasa korea!
Bila cuti macam plan ada. Ada yang nak pegi Busan, ada yang nak pergi shopping yang nak duduk rumah tidur dan rehat pun ada. Kalau aku, aku prefer untuk berjalan2 dan rehat di rumah. Tapi keadaan sekarang tak mengizinkan.
Kenapa yer? Sebab aku sekarang berkaki 4. Ini kaki tambahan aku.
Atas nasihat doktor, inilah peneman aku selama seminggu ini InsyaAllah. Banyak yang bertanya, kenapa dengan kaki aku, byk yang concern dan risau, alhamdulillah, baik2 kawan sekeliling aku. Tak kurang jugak yang mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa aku mesti pakai ni. Ye la, sebelum ni okay je jalan lari, tup tup pakai pulak.
Biasa la, kalau nak puaskan hati semua org, nak cerita kat semua org mmg mustahil. Berbaliklah kepada tujuan asal kita, hidup untuk memenuhi kehendak yang Satu, Allah Maha Esa.
Siapa yang kenal aku dari form 4 dulu tahu la apa yang berlaku, aku injured masa training Tae Kwon Do. Masa tuh tgh training nak ambil belt hitam. Mmg bersungguh2 la aku berlatih sbb nak habiskan training, mana tak nye, ini sukan yang aku pelajari dari 8 tahun lagi. Dgn kehendak Allah, aku tercedera. Ketika itu doktor hanya cakap lutut aku hanya terseliuh biasa. Rehat sebulan kaki aku akan pulih seperti biasa. So aku hanya ikut saranan doktor, bersusah payah aku harungi hidup dengan bertongkat di sekolah. Kelas tingkat 2, hujung skali, bilik asrama pun tingkat dua. Tapi ketika itu aku hanya berfikiran positif.
Dah sebulan, tapi kaki aku masih tidak pulih, aku tak boleh berlari, jika aku berlari lutut aku seolah2 tergelincir. aku tak boleh berjalan jauh, atau pun berdiri. Ngilu yang dirasai. Aku berjumpa doktor sekali lagi, jawapan yang sama, tiada apa2. Aku berhenti dari meneruskan training Tae Kwon Do. Sukan2 lain yang aku ceburi pun aku hentikan. Kerana aku tidak mampu mengikuti latihan lagi. Aku sedih, sangat sedih. Mana taknya, walaupun aku ni kategori badan besar *ehem* gemuk, aku sangat sukakan sukan.
Masuk umur 17 tahun, aku jumpa lagi doktor. Setelah berbincang, doktor hantar aku buat rawatan fisioterapi. Satu tahun setiap hari rabu atau khamis aku akan ponteng kelas, korbankan masa belajar aku untuk rawatan yang aku tak nampak kesudahannya. Hinggalah habis SPM, aku bertukar hospital, hospital yang lebih dekat dengan rumah aku. Kerana tak nampak sebarang perubahan, doktor rujuk aku ke pakar ortophedic atau pun pakar tulang.
Satu pembedahan kecil dah ditetapkan. aku disyaki ada masalah dengan ligament. Dengan bantuan mama, aku lakukan pembedahan itu. Ketika itu keluarga dan kawan2 yang ada bagi sokongan yang sangat kuat. Hasil pembedahan doktor memberitahu aku bahawa bukan masalah ligament, tapi cartilage lutut aku pecah dan doktor dah buangkan separuh. Selain itu tendon depan lutut aku koyak separuh dan rawatan lanjut di perlukan. Aku tak mampu berfikir apa2 .
Masuk Intec, rawatan yang sepatutnya aku teruskan tidak aku lakukan. Bukan apa, masalah kenderaan dan priority aku untuk ke Korea buat aku letak benda ni ke tepi. Aku teruskan bersukan. Sebab aku ingatkan lepas operation lutut ini akan pulih sedia kala. Lepas operation aku dah tak rasa lutut aku tergelincir ke depan. Sampai la masa sukan Inpro, aku sertai sukan bola tampar. Sebab sukan ini tak de aktiviti lari2 sangatlah aku sertai sukan ni. Aku ingat lagi, masa aktiviti panaskan badan tiba2 lutut aku tergelincir ke depan lagi, jika difikir2 kan semula mungkin itu ingatan dari Allah supaya aku tak teruskan tapi aku teruskan juga.
Aku ingat lagi perasaan aku, ketika aku tengok kawan2 aku bermain bola jaring. Sukan aku sangat suka. Perasaan yang kau nak main tapi tak dapat. Hanya mampu tengok dari tepi. Aku rahsiakan perasaan ini. Aku diamkan. Jauh sudut hati, Allah je tahu.
Sampai Korea, suhu sejuk memang amat menguji kekuatan aku. Aku ingat lagi, masa orientasi lutut aku terlalu sakit sampai aku tak mampu berjalan dah. Aku tak rasa apa2 dah. Dapat pula rumah atas bukit, kerja mendaki hari2. Lutut tuh sakit tuh mmg la sakit, tapi tahan je la. Apa lagi mampu aku buat? Tapi sakit2 ni pun aku tak menolak kalau ada org ajak berjalan sini sana. Sbb mmg sifat aku begini, aku tak suka duduk setempat je.
Masa doktor bagitahu yang lutut aku ini mungkin reinjured ataupun dalam erti lain cartilage aku pecah kembali, air mata bergenang dah. Aku terfikir, apa lagi yang aku kena harungi?
Macam2 aku fikirkan. Sampai satu malam tuh, aku break down. Aku menangis kuat, merintih. Astagfirullah. Aku bertanya pada kawan2 aku, kenapa aku kena lalui benda nie lagi, aku seolah2 tidak redha. Kerana benda ni menyekat benda yang ingin aku lakukan. Ayat mereka, "teah kena redha. Mesti ada hikmahnya."
MasyaAllah, dalam rintihan aku yang seolah-olah menyalahkan Allah, Allah tidak tinggalkan aku, Allah masih menghantar kawan2 aku , mengingatkan aku, ujian Allah kerana Allah sayangkan kita. Ya, aku terlupa sebentar akan hal itu, astagfirullah.
Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah). (HR. Bukhari)
Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Bukhari)
Yer, Allah nak hapuskan dosa aku. Kan?
Kat sini, bukan cerita sakit kaki aku yang aku nak highlightkan, tapi aku nak ajak, kawan2 , saudara muslimku sekalian, mari kita percaya dengan Allah. Jangan tiru aku, merintih tak tentu pasal. Sebab apa yang Allah bagi kita adalah sentiasa yang terbaik untuk kita. Sebab Allah Maha Mengetahui, Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Mari jadi kuat mari jadi tabah. Semua ini hanya sedikit kalau nak dibandingkan dengan orang hebat yang lain yang lagi hebat ujian yang diterima. Kan? InsyaAllah.

