Wednesday, 6 June 2012

Guna yang dulu, untuk bina yang kini.

"Akak, kat sini kena pakai stokin".

Aku terdiam, terpaku sebenarnya. Jiwa aku time tuh, meronta-ronta. Air mata bergenang. Betapa bencinya aku ketika itu. Ikutkan hati aku nak je balik rumah saat itu juga.

Kisah hampir 2 tahun yang lepas, ketika aku mula-mula menjejakkan kaki masuk sekolah berasrama. Bagi aku ketika itu, sedangkan tudung pun tak pakai, inikan lagi kena pakai stokin. Aku tak tau, aku tak tau yang sekolah berasrama yang bakal aku daftar ketika itu sekolah ulul albab. Ketika itu hanya sesal yang aku rasa, rasa nak berontak.

Alhamdulillah, kurang dari setahun, Allah bukakkan hati aku. Aku mula bertudung. Aku ingat lagi saat nak keluar dengan family, aku pakai tudung. Parents aku terkejut. Aku hanya mampu senyum. Tapi ketika itu, aku nampak senyum di wajah ayah. Sangat gembira. Bukan apa, selama ini walaupun ditegur beberapa kali oleh ayah, aku enggan memakai tudung. Bagi aku ketika itu, aku rasa fashion aku tersekat dengan tudung.

Mula dari tingkatan empat, aku mula bertudung. Tapi ada on and offnya. Aku mula pakai tudung sepenuh masa ketika 17 tahun. Time tuh, perasaan aku hanya nak pakai. Tak nak bukak. Aku rasa kekok kalau orang lelaki lihat rambut aku. Aku bertudung, tapi pakaianku masih mengikut badan.

"Fatihah, akak tgk kamu dah lain sekarang banding kat Intec dulu."

Lebih kurang begitulah ayat akak usrah aku. Kami pernah berjumpa di Intec dulu, bermakna dia kenal macam mana aku yang dulu.

Alhamdulillah, Allah bukak hati aku lagi. Kini, aku ingin tinggalkan pakaian yang mengikut badan, pakaian yang mampu menarik mata2 yang tak sepatutnya.

Aku sedang berusaha. Mungkin ada yang tak perasan, tapi yang penting bagi aku, biarlah Allah je yang perasan. Usaha aku untuk dekat kepadaNya, menjadi hambaNya.

Namun, perubahan itu bukan senang. Kalau ada yang menarik aku ke jalan lurus, lagi banyak yang cuba menarik aku kembali ke jalan dulu. Pelbagai cabaran aku hadapi. Aku belajar di Korea, sebuah negara yang terkenal dengan fashionnya. Untuk mencari baju yang menepati ciri2 menutup aurat bukannya mudah. Kalu ada pun, harganya tentu tinggi.

Selain itu, memakai begini, pelbagai comment yang aku terima. Ada yang kata aku nampak makin gemuk, ada yang kata aku nampak lagi pendek. Aku hanya mampu berdoa . Allah. Kuatkan aku. Tipu la kalau aku kata tak pernah terasa nak pakai macam dulu. Kadang2 rimas juga, asal nak keluar je, kena pakai tudung, tutup sana tutup sini.

Alhamdulillah, Allah kirimkan aku, kawan2 yang membantu aku. Menegur mana yang tak betul, supaya kami sama menjadi perhiasan dunia yang terbaik. Ya Allah, tempatkan kami bersama2 di syurga nanti. ;')

Ignore the silly face. XD

Aku tak pernah membenci aku yang dulu, mahu pun memandang rendah orang seperti aku yang dulu. Sebab aku masih lagi dalam proses berubah. Dan aku rasa, kalau lah tiada yang dulu, maka tiadalah sekarang. So, aku harap sangat. Kawan2 agar kita gunakan masa lampau kita, yang gelap atau cerah itu, jadikan sebagai satu untuk membina diri kita menjadi hambaNya yang beriman. Sebab Allah sentiasa menerima taubat hambaNya. Sweetkan Allah? Tak kira jahat macam mana pun kita dulu, Allah tetap nak terima kita. Allah tetap sayang kita. Subhanallah. 

Jadi wahai gadis-gadis yang diluar sana sekalian, jom kita buat ajakan. Jaga diri kita. Islam itu dah cantik, apa yang Islam suruh tuh dah lengkap. Ada sebabnya kita kena tutup sana tutup sini. Kita je tak nak tahu. Tak nak amik tahu. >__<

Pelihara diri, daripada mata-mata yang tak patut, daripada fikiran2 negatif yang ada diluar sana. Pelihara diri hanya untuk yang berhak, yakni suami kita nanti. *ehem*

Jangan risau kalau kita pakai besar, labuh2 tak ada orang nak kat kita. Percaya pada Allah, sebab Allah dah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita. Sebab kita tak mampu membayangkan apa yang Allah mampu beri kepada kita. Tapi kita mampu percaya bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita. HANYA jika kita meminta, dan menjadikan diri kita layak menerima.

Cubalah! Kalau kita tutup aurat selengkapnya, rasa selamat sangat. Seriously. ;)

Menutup aurat pun boleh jadi cantik. ;)



1 comment:

  1. salam teah, eh boleh ke panggil teah. hehe
    kita pernah jumpa masa dkt maktab hari tu, ikut hazrat masa tu. ingat lagi ke?

    nice blog, keep on updating :]
    jumpa ni dari blog syaza. hehe

    salam ukhuwah :)

    ReplyDelete