Beliau tak punya apa2. Lansung, kereta, rumah mahupun kegilaan wanita ramai, barang kemas. Tidak. Lansung tidak. Pakaian, semua lama2. Kalau tak anak2 memaksa agar dia membeli, atau tidak kerana diberi oleh orang lain, masakan dia mahu membeli sebarang baju. Katanya lebih baik digunakan duit itu untuk anak-anaknya untuk pelajaran anak-anaknya untuk makan anak-anaknya. Pernah bekerja, tetapi berhenti untuk anak-anaknya. Tidak pernah aku nampak, wanita ini memakai sebarang barang kemas, ada diberi oleh arwah ibu mertuanya tapi disimpan sahaja katanya disimpan untuk anak-anaknya. Apa yang aku nampak, bagi wanita ini anak-anaknya keutamaannya. Keinginan diri, disimpan dalam sedalamnya dilubuk hati. Tidak diluah tidak dizahirkan. Semua, agar anak-anaknya cukup keperluan.
Selain dari menjadi ibu yang baik, dia juga seorang anak yang baik. Ibunya tinggal jauh di Sabah. Tidak pernah dia berjalan melancong kesini sana, baginya kalau ada duit lebih, lebih baik pulang ke halaman, menjenguk ibunya. Dia menjadi contoh, kepada anak-anaknya, contoh bagaimana cara menyayangi ibunya. Tidak pernah aku melihat, dia berkata tidak untuk ibunya.
Menjadi seorang kakak sulung, dia sangat sayangkan adik-adiknya. Sering kali aku melihat, tangisannya kerana adiknya, dapat aku rasakan kasih sayang buat adik-adiknya. Kerana sayangkan adiknya, anaknya seorang diberi kepada adiknya. Begitu tinggi cintanya terhadap adik-adiknya.
Tidak kurang, seorang isteri yang baik. Tak pernah meminta bermacam-macam daripada suaminya. Garang, tapi sangat manja dengan suaminya. Bagi aku, dia sangat senang dipuaskan hati oleh suaminya, walaupun hidup tak mewah, aku nampak dia gembira. Mungkin ada takrifan gembiranya tersendiri.
Cantik kan wanita itu? Tanpa make up, tanpa perhiasan yang mahal. Dia tetap cantik di mataku.
Sebak,
Tahun ini pun aku tak dapat bersamanya, menyambut ulang tahun lahirnya.
Masih kuat diingatan, imej dia menerima hadiah dari anak-anaknya, bebel kerana membazir duit keatas dirinya.
Ya, wanita itu ialah ibuku.
Ma, kakak miss lagi birthday mama tahun ini. Kakak tak dapat hantar hadiah. Tapi ini hadiah kakak.
Alhamdulillah, kakak sihat di sini. ;)
Tempat kakak belajar.
Keluarga kakak di sini.
Kakak dah sihat, alhamdulillah. Berat yang dah turun byk tuh dah naik dah (T___T). Kaki yang baru operate tuh dah kuat, dah boleh jalan sana sini dah boleh solat berdiri macam biasa balik dah ma. Kakak tak miss appointment, kalau sakit makan ubat . Alhamdulillah dah kuat dah perut. Universiti kakak cantik, kakak suka apa yang kakak belajar kat sini, housemates kakak jaga kakak paham kakak. Kawan2 sini pun banyak bantu. So, please stop worrying about me. ;)
InsyaAllah kak jaga kesihatan, jaga iman. Ini hadiah kakak. Kakak yang sihat. ;)
Ma, selamat hari lahir! <3








No comments:
Post a Comment